Tuesday 11 August 2015

Sang Raja (Ini bukanlah cerpen)

The mighty dragon had fallen.”Terngiang-ngiang kata  penasihat raja.
Betul katanya.Kelemahan seorang ‘raja’ sudah terbongkar.Di sebalik wajahnya yang ‘konfiden’,di sebalik deras kakinya melangkah,di sebalik wajah yang mendongak ke langit..Rupa-rupanya menyorok sejuta kedutan di dahi.
Si raja Cuma mampu tersenyum lewat membaca pesanan mesej yang dihantarnya..Bukanlah suatu kata-kata nasihat yang memujuk.Tapi menolaknya ke dalam ‘dunia’ realiti.Kata-katanya seolah menggoncang bahu. “Bangunlah raja!Kau sudah tewas!”
Raja disedarkan.
Lalu si ‘penasihat’ raja juga mula menjauhkan diri tatkala mengetahui kelemahan si Raja.Iya ke?Bukan ke selama ini raja yang terlalu angkuh?Tak ,persoalannya angkuhkah raja?Raja Cuma melindungi ‘kerajaannya’ yang sudah dijaganya buat 21 tahun.Lalu raja harus berhati-hati dengan segala cubaan untuk mencerobohi kerajaannya.Segala pintu kemasukan harus dikawal rapi.Tembok yang kukuh harus dibina sebagai benteng dari kemasukan anasir-anasir jahat yang berleluasa.Penasihat ‘raja’ juga tidak harus didekati kerana dia juga berpotensi untuk merampas ‘takhta’.
Tapi raja juga manusia..Raja sudah tersihir dengan luhurnya hati seorang bangsawan dari negara jiran yang sudah lama cuba membina hubungan diplomatik dengan kerajaannya.Sayangnya hubungan diplomatik itu sudah lebih dari hubungan perdagangan.’Kunjungan’ yang kerap dari kedua-dua belah pihak sudah membenihkan ‘perasaan’ yang aneh.Perasaan ‘dekat’ dan terlalu mempercayai sehinggakan si raja sering menurut apa sahaja pendapat dan saranan(tak ke sama pendapat dan saranan?) yang diutarakan oleh si bangsawan dalam menguruskan kerajaannya.
Akhirnya..
Kerajaannya jadi kacau bilau.Daerah yang sini memberontak dan daerah di sana pula bahagia menyambut ‘campur tangan’  oleh golongan bangsawan tersebut.Tapi si raja cuba optimis.Mungkin sahaja pihak yang memberontak itu terdiri daripada golongan-golongan ‘konservatif’ yang cuba untuk mengekalkan ‘suasana’ kerajaan yang sama seperti dahulu.”Perubahan perlukan waktu”.Si Raja memujuk kerajaannya.Lalu terbit soalan retoris dari kelompok pihak memberontak mendiamkan si raja :”Persoalannya,adakah tuanku sudah bersedia dengan perubahan ini?Adakah kerajaan kita sudah bersedia?”
Si raja terdiam.
Ya.”Adakah kita bersedia?”Campur tangan dan hubungat erat dengan ‘kumpulan bangsawan’ pasti menuntut lebih dari sekadar urusan perdagangan yang lancar dan rancak dari kedua-belah pihak.Apatah lagi hubungan ‘diplomatik’ itu sudah kuat diikat dengan ‘perasaan’ aneh yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak.Barangkali suatu hari nanti pemuda bangsawan itu akan menuntut untuk ‘diresapkan’ dalam kerajaan.Sekiranya begitu,segala cela dan ‘top secret’ kerajaan akan diketahuinya!Bagaimana sekiranya hubungan itu terlerai?Bagaimana dengan kerajaanku?Selamatkan rahsia-rahsiaku?Bagaimana dengan rakyat-rakyat yang sudah menaruh harapan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada si pemuda bangsawan?

Pasti sahaja keretakan dalam hubungan dua hala itu bakal menimbulkan kucar-kacir.Ketenangan akan begitu mudah terusir.Rakyat akan marah,sedih dan kecewa..Apakah yang lebih memberatkan hati si raja melainkan penderitaan rakyatnya?Si raja buntu.Utusan dihantar bagi mengirim perkhabaran dari si raja kepada pemuda bangsawan.Si bangsawan bingung kerana perkhabaran pada kali ini tidak terus disampaikan terus dari bibir si raja seperti kebiasaannya.Lantaran itu,‘khabar buruk’ sudah dapat dia hidu sebelum perkhabaran dibaca.Benarlah telahannya,si raja meminta agar si pemuda bangsawan mengeluarkan perintah menarik semula pedagang-pedagang di bawahnya untuk keluar dari negara si raja.Meskipun perintah itu menimbulkan banyak tanda-tanya,namun si pemuda bangsawan teguh memadamkan prasangka-prasangka buruk yang ‘viral’ dalam kalangan pedagang-pedagang di bawahnya.Baginya,apa sahaja kemahuan si raja akan diturutinya meskipun dia sendiri dihambat rasa kecewa dan sedih.

No comments:

Post a Comment